Want to share this Foto on another web-site or blog?

Paste one of the following lines in to your site, blog or profile page..

Script:

HTML (for myspace, bebo etc):

BBCode (for message boards/forums):
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]



Mail this Foto to a friend



< Previous
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Tuesday, 6-Jan-2009 11:42
Pembukaan Tirai 2009
Sebelum itu, selepas membaca sebuah novel Melayu baru² ini, hati teruja hendak menulis dalam bahasa ibunda kita untuk entri² yang akan datang. Entah kenapa mungkin saya tertarik dengan bahasa yang diluahkan didalam novel tersebut.

Berbalik kepada projek saya yang satu ini, boleh dikatakan ianya sebagai pembukaan tirai tahun 2009. Projek ini khas untuk Kak Safiah yang merupakan rakan sepejabat di Johor. Pertama kali melihat tuan punya badan orang nya memang cantik dan rapi penampilannya. Saya selalunya suka melihat cara Kak Safiah yang memang pandai memadan kan fesyen kegemarannya.

Materialnya merupakan kain shiffon yang seperti biasa mencabar kelembutan tangan saya.. :-D . Ditambah pula dgn lapisan kain dibahagian dalamnya. Aduh!! Betul² mencabar. Ditambah pula dgn material yg bermotif. Tapi peliknya, kali ini saya lebih teruja dgn material yg bercorak. Mungkin kerana motifnya agak simple dan saya memang sukakan motif berupa daun.

Ini hasil ciptaan terbaru dalam koleksi saya; gabungan motif bunga dan manik tabur. Sedang memikirkan nama untuk corak bunga kali ini (sebenar nya agak iri dgn org lain yg menamakan ciptaan mereka hehehe.. :-D ), tapi sekiranya ada sesiapa sudi menamakannya, saya amat berbesar hati.

Selamat mencuci mata!!







p/s: Sebenarnya agak sukar juga hendak menulis dalam bahasa ibunda kita sepenuhnya ya? Terkial² saya dibuatnya... Asal dari manalah agak nya budak ini kan? :P

K Lily ~ Thanks gak sbb melawat rumah saya yg tak seberapa ni... bunga tu ilham dari motif kain tu jugak... so senang sket nak tiru masa jahit hehehe...

© Pidgin Technologies Ltd. 2016