Want to share this Foto on another web-site or blog?

Paste one of the following lines in to your site, blog or profile page..

Script:

HTML (for myspace, bebo etc):

BBCode (for message boards/forums):
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]



Mail this Foto to a friend



Next >
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Monday, 4-Oct-2010 04:44
Nawaitu... Ikhlaskan diri...
Alhamdulillah, keyakinan saya untuk mengadakan kelas Crumble semakin kuat. Sebelum ini saya memang amat berat untuk adakan kelas walaupun ramai juga yg bertanya. Alasannya? Mudah.. Kerana saya bukanlah seorang yg begitu hebat pun dalam arena manik.. Sejujurnya saya hanya pernah menghadiri kelas sekali sahaja untuk kelas basic jahitan manik. Itupun 3-4 tahun sudah. Ketika itu kelas manik tidak seperti sekarang, macam cendawan tumbuh kelas manik. Dengan hanya yuran sebanyak RM40 seorang diri menaiki LRT menuju ke Ampang.

Di situlah pertama kali saya belajar teknik jahitan yg betul membentuk manik beriring dengan kemas seperti tocang, atau menyusun sequin menjadi bunga sisik ikan, dan sebangainya...

Agak lama saya membiasakan diri dgn teknik2 yg diajar. Dari situ saya mula menjahit manik dgn variasi yg pelbagai. Tapi dari dulu saya perasan yg saya tidak begitu meminati seni jahitan sequin. Fokus saya hanyalah pada manik sahaja.
Sehingga ke hari ini , saya mengorak langkah setapak lagi. Berkongsi ilmu dengan rakan. Cuma hati tetap gelisah kalau2 apa yg dipelajari tidak menepati kehendak pelajar. Namun, dari mereka yg hadir, alhamdulillah mereka berpuas hati dgn segala tips yg saya kongsikan. Lain lah kalau sekadar memuji hehe.. Tapi saya percaya mereka juga ikhlas kan?

Seharusnya saya menghargai keikhlasan mereka sebaiknya. Kadang terharu sbb yg nak hadir bukan datang dari tempat yg dekat.. luar dari kawasan KL. Itu nama nya ikhlas nak menuntut ilmu. Ada yg sanggup datang naik bas lagi..

Apa yg saya ajar mungkin tidak sama dgn apa yg anda pelajari dgn mereka yg lain. Mungkin nama nya sama atas tiket "Crumble", tapi intipati, teknik dan tips berlainan. Sekadar berkongsi cerita mereka yg pernah belajar sebelum ini cuba membandingkan, tetapi pada saya lain padang lain belalangnya. Usahkan "Crumble", manik beriring yg mudah itu pun lain orang lain caranya..

Cuma, kadang saya tidak punya jawapan bila ada yg bertanya kenapa "Crumble" saya lain dari apa yg mereka pelajari sebelum ini? Mereka seolah2 membandingkan mana satu yg betul tekniknya? kerana teknik yg lain, hasil juga amat lain sekali. Keliru kerana mungkin ramai guru. Kata orang belajar lah sampai ke China. Tapi kalau jadi begini parah juga..Mungkin kerana saya sendiri lambat adakan kelas formal sebegini berbanding yg lain. Tapi apa yg saya ajar itulah teknik yg sama anda sendiri lihat hasilnya di FP ini. Sebolehnya saya kongsikan tips yg saya tahu dgn anda semua.

Sejujurnya, saya tidak pernah rasa iri dgn mereka yg terlebih awal dari saya. Malahan berbangga kerana mereka punya kekuatan dan berani mencuba. Cuma satu sahaja harapan saya, sekiranya betul apa yg disampaikan diambil dari saya sendiri, terima kasih saya ucapkan kerana memanjangkannya, tapi sekiranya hanya sekadar dari pemahaman dan pandangan sendiri harapnya jangan lah dikaitkan dengan diri saya. Maksud saya janganlah sewenangnya jual nama saya dengan pendekatan yg anda kongsikan. Jujurlah dgn mereka yg mahu belajar. Jangan dikelirukan mereka ini. Bukan murah wang yg dibayar. Bukan puluhan ringgit. Mungkin berhari duit disimpan, mungkin juga makan berbulan. Wang sebanyak itu, kita boleh habiskan dalam masa sehari, tapi dalam kita tak sedar ada yg cukup berjimat hingga cukup ke akhir bulan.

Kita sama-sama majukan industri manik ini. Lihat saja Pn Rozita Jaafar. Berapa ramai anak murid nya? Berapa lama sudah beliau bertahan? Berapa banyak kesabaran dan ketekunan beliau untuk bertapak seperti hari ini? Betapa banyak pula keringat yg jatuh? Mungkin juga bukan takat keringat, malahan air mata yg tumpah?

Kita usaha sama-sama. Biarlah kita sama-sama maju. Tetapi janganlah sampai berkipas sesama sendiri. Telus dan ikhlas. Tiada jalan mudah untuk kita berjaya. Cukup lah coretan saya ini, minta maaf kalau ada yg terasa. Saya hanya berkongsi rasa setelah sekian lama bergundah gulana….

;-)

© Pidgin Technologies Ltd. 2016